- 11 buah makam di kg bukit pinang, mukim bukit pinang, daerah kota setar
- (jumlah tidak diketahui) makam di kg alor keladi, mukim limbong, daerah kota setar
- 4 buah makam di kg anak bukit, batu 4, mukim anak bukit, daerah kota setar
- 4 buah makam di kg baru telok, mukim bukit pinang, daerah kota setar
- 3 buah makam di kg malau, mukim malau, daerah kubang pasu
- 2 buah makam di kg limbong, mukim limbong, daerah kota setar - dikenali sbg 1) makam tok serban kuning @ makam tok derga @ makam anak dara tujuh beradik, dan 2) makam anak dara darah putih.
- 2 makam di kg alor besar I di mukim limbong, daerah kota setar - dikenali sbg makam puan sharifah
- 2 makam di muara sungai raja, bandar raya alor star
- 2 makam di kg naga, mukim naga, daerah kubang pasu - dikenali sebagai 1) makam tok bomoh gajah, dan 2) makam puteri @ makam tok tanjung hutan
- 2 makam di kg padang, mukim temin, daerah kubang pasu - dikenali sebagai makam wak long dan makam nik yam
- 1 makam di kg alor besar II, mukim limbong, daerah kota setar, - dikenali sbg makam tok panji
- sebuah makam di kg alor ganda, mukim limbong, daerah kota setar - dikenali sbg makam tok pahlawan
- sebuah makam di kg padang sejana, mukim naga, kubang pasu - dikenali sbg makam tok lidah hitam
- sebuah buah makam di kg alor ganu, mukim titi gajah, daerah kota setar - dikenali sebagai makam tok rama
- sebuah makam di kg alor raja, mukim langgar, kota setar
- sebuah makam di kg pumpong, mukim pumpong, daerah kota setar
- sebuah makam di kg alor rambai, mukim bukit tinggi, daerah kubang pasu - dikenali sbg keramat tok jambi
- sebuah makam di kg pulau timbul, mukim jeram, daerah kubang pasu
Friday, November 2, 2007
Mohon bantuan rakan2
saya mohon bantuan rakan2 di alam siber ni utk memberi informasi mengenai lokasi makam @ keramat sekitar negeri Kedah & maklumat lain yg berkaitan denganya. Berikut saya senarai makam2 berbatu nisan acheh tersebut
Thursday, November 1, 2007
Nisan Acheh Jenis F
Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang lurus tanpa bonggolan dan tidak melebar ke atas serta kepala yang bertingkat dua: tingkat bawah berbentuk bebawang dan tingkat atas berbentuk tiga persegi.
Bahagian dasar, yang berbentuk empat persegi panjang, dihiasi satu atau beberapa ukiran berbentuk empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah
seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar.
Badan bahagian atas biasanya dihiasi beberapa panil yang dipahat dengan pseudo-kaligrafi pada permukaannya, di tengah dua ukiran yang berbentuk satu “tangga”. Puncaknya bertingkat satu.
Nisan Acheh Jenis E
Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang melebar ke atas dan kepala berbentuk bebawang yang melebar ke atas. Bahagian dasar, yang berbentuk empat persegi panjang, dihiasi satu atau beberapa ukiran berbentuk empat persegi panjang yang dipahat.
Badan bahagian bawah, yang berbentuk trapezium, dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar. Seringkali, badan bahagian atas dihiasi tiga panil yang dipahat dengan pseudo-kaligrafi pada permukaannya, di tengah dua ukiran yang berbentuk satu “tangga”.
Kepalanya dihiasi satu ukiran berbentuk bebawang yang dipahat dan sering memuatkan pseudo-kaligrafi pada permukaannya. Yang membezakan El daripada E2 adalah bahawa El tidak berpuncak, manakala E2 berpuncak satu tingkat.
Nisan Acheh Jenis D
Ciri-ciri khas jenis ini adalah bahu pendek yang menonjol dan melengkung ke atas sebelah kiri dan kanan batu nisannya serta kepala yang bertingkat satu. Seringkali terdapat sebuah bonggolan kecil berlobus dua sebelah bawah bahunya.
Bahagian dasar, yang berbentuk empat persegi panjang, sering dihiasi ukiran berbentuk bebawang terbalik yang menonjol atau ukiran-ukiran empat persegi yang dipahat. Pada badan bahagian atas terdapat satu panil yang dipahat dengan segi atasnya berlengkung-lengkung.
Panil ini berisi dua macam corak: satu bonggolan berbentuk bebawang pada dasar bahagian tengahnya atau beberapa tingkat kaligrafi. Kepalanya, yang berbentuk bebawang, sering dihiasi pada sebelah tengahnya dengan satu ukiran berbentuk bebawang yang dipahat. Puncaknya berbentuk trapezium atau piramid terpotong.
Nisan Aceh Jenis C
Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang melebar ke atas dengan profil yang melengkung serta kepala berbentuk bebawang. Bahagian dasar, jika ada, berbentuk empat persegi panjang dan tidak berhias. Puncaknya berbentuk trapezium.
Nisan Acheh Jenis B
Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang lurus dan melebar ke atas serta kepala berbentuk bebawang dua tingkat dengan atasnya terpotong. Bahagian dasar berbentuk empat persegi panjang dan tidak berhias. Badan bahagian atas dihiasi satu panil yang dipahat dengan segi atasnya berlengkung. Puncaknya berbentuk trapezium.
Nisan Acheh Jenis A
Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang lurus dan tidak melebar ke atas serta kepala yang berbentuk bebawang dengan atasnya terpotong. Selain itu, jenis ini tidak berpuncak. Bahagian dasar dan badan bahagian bawah berbentuk empat persegi panjang.
Badan bahagian bawah ini diukir hiasan berbentuk bebawang atau bersilang-silang. Badan bahagian atas sering dihiasi satu panil yang dipahat dengan segi atasnya tajam (atau berlengkung-lengkung) dan tepiannya digores, manakala pada dasar bahagian tengah panil ini terdapat satu ukiran berbentuk bebawang yang dasarnya sempit.
Kadangkala badan bahagian atas dihiasi beberapa panil atau tingkat kaligrafi. Pada bahagian tengah kepalanya terdapat satu hiasan yang dipahat berbentuk bebawang juga. Hiasan ini kadangkala diukir kaligrafi atau berbagai jenis corak. Yang membezakan jenis A2 daripada jenis Al adalah bahawa jenis A2 tidak berhias pada badan bahagian atas dan kepala.
Subscribe to:
Posts (Atom)





