Friday, November 16, 2007

Nisan Acheh Jenis Q


Oleh kerana Q merupakan jenis tunggal bagi golongan “kerucut terbalik terpotong bulat” maka ciri khasnya sama dengan ciri khas golongan tersebut. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu ukiran menonjol berbentuk bebawang. Puncaknya berbentuk corong terbalik.

Nisan Acheh Jenis P


Oleh kerana P merupakan jenis tunggal bagi golongan “segi lapan dan berbahu empat” maka ciri khasnya sama dengan ciri khas golongan tersebut. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu ukiran menonjol berbentuk bebawang. Pada badan bahagian atas, terdapat keempat-empat penahan bahu-bahu yang berlobus-lobus, melengkung ke atas dan dihiasi ukiran bersilang-silang. Puncaknya bertingkat lima.

Nisan Acheh Jenis O


Ciri khas jenis ini adalah muka-muka badan bahagian atas yang rata tanpa tonjolan vertikal sebelah tengahnya. Biasanya muka-muka ini diukir sebuah panil yang dipahat. Seringkali permukaan panil ini memuatkan kaligrafi atau pseudo-kaligrafi.

Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi dengan satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu
ukiran menonjol berbentuk bebawang.

Seringkali hujung atas setiap muka badan bahagian atas diperpanjang dengan sebuah bonggolan vertikal berbentuk bebawang. Kepalanya berbentuk satu atau dua tingkat cakera yang diukir berbentuk lapan daun atau “kelopak bunga” (kadangkala dengan satu ukiran tiga persegi di antara dua ukiran daun). Puncaknya bertingkat satu hingga tiga.

Nisan Acheh Jenis N


Ciri khas jenis ini adalah sebuah tonjolan vertikal sebelah tengahnya setiap muka badan bahagian atas yang berhias. Biasanya muka-muka ini bersudut dalam tetapi terdapat juga yang berlobus dua atau yang rata.

Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu ukiran menonjol berbentuk bebawang.

Kadangkala hujung atas setiap muka badan bahagian atas diperpanjang dengan sebuah bonggolan vertikal berbentuk bebawang. Kepalanya berbentuk satu atau dua tingkat cakera yang diukir berbentuk lapan daun atau “kelopak bunga” (kadangkala dengan satu ukiran tiga persegi di antara dua ukiran daun). Puncaknya bertingkat satu hingga empat.

Nisan Acheh Jenis M


Ciri khas jenis ini adalah sebuah tonjolan vertikal sebelah tengahnya setiap muka badan bahagian atas yang tidak berhias. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi dengan satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu ukiran menonjol berbentuk bebawang. Kepalanya berbentuk satu atau dua tingkat cakera yang diukir berbentuk lapan daun atau “kelopak bunga” (kadangkala dengan satu ukiran tiga persegi di antara dua ukiran daun). Puncaknya berbentuk bebawang lapan muka dengan atasnya berbentuk panjang sekali.

Saturday, November 3, 2007

Nisan Acheh Jenis L

Ciri khas jenis ini adalah muka-muka badan bahagian atas yang bersudut dalam tanpa hiasan. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi dengan satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah, yang berbentuk segi lapan sama, seringkali dihiasi satu ukiran menonjol berbentuk bebawang pada setiap hujung.

Kepalanya berbentuk satu atau dua tingkat cakera yang diukir berbentuk lapan daun atau “kelopak bunga” (kadangkala dengan satu ukiran tiga persegi di antara dua ukiran daun). Puncaknya berbentuk bebawang lapan muka dengan atasnya berbentuk panjang.

Nisan Acheh Jenis K



Ciri khas jenis ini adalah bahu berlobus-lobus yang menonjol dan melengkung ke atas pada setiap sudut, di antara badan bahagian atas dan puncak. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar. Badan bahagian atas dihiasi dua ukiran yang dipahat berbentuk “tangga”.

“Tangganya” dihiasi beberapa panil yang dipahat dengan pseudo-kaligrafi atau kaligrafi pada permukaannya. Pada setiap sudut bahagian ini juga tendapat sebuah penahan bahu. Puncaknya bertingkat tiga atau empat.