Tuesday, October 30, 2007

BATU NISAN ACHEH - PRELUDE I

Topilogi batu nisan Acheh boleh dibahagikan kepada enam bahagian utama iaitu 1) puncak, 2) kepala, 3) bahu, 4) badan bahagian atas, 5) badan bahagian bawah, dan 6) dasar. Sila rujuk gambar di bawah untuk memudahkan kefahaman saudara.



Batu nisan Acheh ini juga boleh dibezakan berdasarkan lima golongan utama mengikut bentuknya iaitu 1) papan, 2) segi empat sama, 3) kerucut terbalik terpotong segi lapan sama, 4) segi lapan dan berbahu empat, dan 5) kerucut terbalik terpotong bulat. Golongan "papan" terdiri daripada 8 jenis (A, B, C, D, E, F, G, dan H) dengan tiga diantaranya dibahagikan dalam dua sub-jenis mengikut ciri khas (A1 dan A2; E1 dan A2; H1 dan H2). Golongan "segi empat sama" terdiri daripada tiga jenis (I, J dan K). Manakala golongan "kerucut terbalik potong segi lapan sama" terdiri daripada empat jenis (L, M, N dan O). Golongan "segi lapan dan berbahu empat" dan golongan "kerucut terbalik terpotong bulat" masing-masing terdiri dari satu jenis (P dan Q).


Jenis "papan" - (A1, A2, B, C, D, E1, E2, F, G, H1 & H2)





No comments: