Friday, November 16, 2007

Nisan Acheh Jenis Q


Oleh kerana Q merupakan jenis tunggal bagi golongan “kerucut terbalik terpotong bulat” maka ciri khasnya sama dengan ciri khas golongan tersebut. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu ukiran menonjol berbentuk bebawang. Puncaknya berbentuk corong terbalik.

Nisan Acheh Jenis P


Oleh kerana P merupakan jenis tunggal bagi golongan “segi lapan dan berbahu empat” maka ciri khasnya sama dengan ciri khas golongan tersebut. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu ukiran menonjol berbentuk bebawang. Pada badan bahagian atas, terdapat keempat-empat penahan bahu-bahu yang berlobus-lobus, melengkung ke atas dan dihiasi ukiran bersilang-silang. Puncaknya bertingkat lima.

Nisan Acheh Jenis O


Ciri khas jenis ini adalah muka-muka badan bahagian atas yang rata tanpa tonjolan vertikal sebelah tengahnya. Biasanya muka-muka ini diukir sebuah panil yang dipahat. Seringkali permukaan panil ini memuatkan kaligrafi atau pseudo-kaligrafi.

Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi dengan satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu
ukiran menonjol berbentuk bebawang.

Seringkali hujung atas setiap muka badan bahagian atas diperpanjang dengan sebuah bonggolan vertikal berbentuk bebawang. Kepalanya berbentuk satu atau dua tingkat cakera yang diukir berbentuk lapan daun atau “kelopak bunga” (kadangkala dengan satu ukiran tiga persegi di antara dua ukiran daun). Puncaknya bertingkat satu hingga tiga.

Nisan Acheh Jenis N


Ciri khas jenis ini adalah sebuah tonjolan vertikal sebelah tengahnya setiap muka badan bahagian atas yang berhias. Biasanya muka-muka ini bersudut dalam tetapi terdapat juga yang berlobus dua atau yang rata.

Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu ukiran menonjol berbentuk bebawang.

Kadangkala hujung atas setiap muka badan bahagian atas diperpanjang dengan sebuah bonggolan vertikal berbentuk bebawang. Kepalanya berbentuk satu atau dua tingkat cakera yang diukir berbentuk lapan daun atau “kelopak bunga” (kadangkala dengan satu ukiran tiga persegi di antara dua ukiran daun). Puncaknya bertingkat satu hingga empat.

Nisan Acheh Jenis M


Ciri khas jenis ini adalah sebuah tonjolan vertikal sebelah tengahnya setiap muka badan bahagian atas yang tidak berhias. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi dengan satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi, pada setiap hujung, dengan satu ukiran menonjol berbentuk bebawang. Kepalanya berbentuk satu atau dua tingkat cakera yang diukir berbentuk lapan daun atau “kelopak bunga” (kadangkala dengan satu ukiran tiga persegi di antara dua ukiran daun). Puncaknya berbentuk bebawang lapan muka dengan atasnya berbentuk panjang sekali.

Saturday, November 3, 2007

Nisan Acheh Jenis L

Ciri khas jenis ini adalah muka-muka badan bahagian atas yang bersudut dalam tanpa hiasan. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi dengan satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah, yang berbentuk segi lapan sama, seringkali dihiasi satu ukiran menonjol berbentuk bebawang pada setiap hujung.

Kepalanya berbentuk satu atau dua tingkat cakera yang diukir berbentuk lapan daun atau “kelopak bunga” (kadangkala dengan satu ukiran tiga persegi di antara dua ukiran daun). Puncaknya berbentuk bebawang lapan muka dengan atasnya berbentuk panjang.

Nisan Acheh Jenis K



Ciri khas jenis ini adalah bahu berlobus-lobus yang menonjol dan melengkung ke atas pada setiap sudut, di antara badan bahagian atas dan puncak. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar. Badan bahagian atas dihiasi dua ukiran yang dipahat berbentuk “tangga”.

“Tangganya” dihiasi beberapa panil yang dipahat dengan pseudo-kaligrafi atau kaligrafi pada permukaannya. Pada setiap sudut bahagian ini juga tendapat sebuah penahan bahu. Puncaknya bertingkat tiga atau empat.

Nisan Acheh Jenis J



Ciri khas jenis ini adalah bahu pendek dan lurus yang menonjol pada setiap sudut, di antara badan bahagian atas dan puncak. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar. Badan bahagian atas dihiasi dua ukiran yang dipahat berbentuk “tangga”. Permukaan “tangganya” dihiasi beberapa panil yang dipahat. Pada setiap sudut bahagian ini juga terdapat sebuah penahan bahu. Puncaknya bertingkat tiga atau empat.

Nisan Acheh Jenis J


Ciri khas jenis ini adalah bahu pendek dan lurus yang menonjol pada setiap sudut, di antara badan bahagian atas dan puncak. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi beberapa ukiran empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar. Badan bahagian atas dihiasi dua ukiran yang dipahat berbentuk “tangga”. Permukaan “tangganya” dihiasi beberapa panil yang dipahat. Pada setiap sudut bahagian ini juga terdapat sebuah penahan bahu. Puncaknya bertingkat tiga atau empat.

Nisan Acheh Jenis I




Ciri khas jenis ini adalah perpanjangan berbentuk bonggolan bundar pada setiap sudut sebelah atas bahagian badan. Bahagian dasar, yang berbentuk segi empat sama, dihiasi beberapa ukiran berbentuk empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar. Badan bahagian atas seringkali dihiasi dua ukiran yang dipahat berbentuk “tangga”. “Tangganya” biasanya dihiasi tiga panil yang dipahat dengan pseudo-kaligrafi pada permukaannya. Puncaknya bertingkat empat.

Nisan Acheh Jenis H



Ciri-ciri khas jenis ini adalah bahu yang menonjol dan melengkung ke atas sebelah kiri dan kanan batu nisannya (bahu ini seringkali berlobus-lobus) serta kepala yang bertingkat dua.

Bahagian dasar, yang berbentuk empat persegi panjang, dihiasi satu atau beberapa ukiran berbentuk empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar.

Badan bahagian atas seringkali dihiasi dua ukiran yang dipahat berbentuk “tangga”. Permukaan “tangganya” biasannya dihiasi panil-panil yang dipahat, tingkat-tingkat pseudo-kaligrafi, bunga-bunga, ukiran bersilang-silang dan lain-lain.

Tingkat bawah kepalanya berbentuk bebawang dan sering dihiasi satu ukiran berbentuk bebawang yang dipahat sebelah tengahnya. Tingkat atas berbentuk tiga persegi dan sering dihiasi satu ukiran berbentuk “hujung panah” yang bersambung dengan hiasan bebawang tingkat bawah. Puncaknya bertingkat satu.

Yang membezakan H1 dan H2 adalah bahawa H2 dihiasi beberapa tingkat bonggolan bebawang dan tiga persegi sebelah profilnya pada bahu-bahu, kepala dan puncak. Selain itu, kebanyakan batu nisan jenis H2 dihiasi sebuah tonjolan vertikal di tengah muka besar batu nisan daripada badan bahagian bawah sehingga puncaknya.

Nisan Acheh Jenis G






Ciri khas jenis ini adalah perpanjangan berbentuk bonggolan bundar sebelah atas profil bahagian badan. Bahagian dasar, yang berbentuk empat persegi panjang, dihiasi satu atau beberapa ukiran berbentuk empat persegi panjang yang dipahat. Badannya lurus dan sedikit meleban ke atas.

Bahagian bawahnya seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar. Badan bahagian atas biasanya dihiasi beberapa panil yang dipahat dengan pseudo-kaligrafi pada permukaannya, di tengah dua ukiran yang berbentuk satu “tangga”.

Pseudo kaligrafi sering diukir juga pada permukaan panil vertikal sebelah kiri dan kanan ‘tangganya”. Kepalanya bertingkat dua dan dihiasi berbagai macam corak: tingkat bawah berbentuk bebawang, manakala tingkat atas berbentuk tiga persegi. Puncaknya bertingkat satu dan seringkali dihiasi dengan pseudo-kaligrafi pada permukaannya.

Friday, November 2, 2007

Mohon bantuan rakan2

saya mohon bantuan rakan2 di alam siber ni utk memberi informasi mengenai lokasi makam @ keramat sekitar negeri Kedah & maklumat lain yg berkaitan denganya. Berikut saya senarai makam2 berbatu nisan acheh tersebut

  1. 11 buah makam di kg bukit pinang, mukim bukit pinang, daerah kota setar

  2. (jumlah tidak diketahui) makam di kg alor keladi, mukim limbong, daerah kota setar

  3. 4 buah makam di kg anak bukit, batu 4, mukim anak bukit, daerah kota setar

  4. 4 buah makam di kg baru telok, mukim bukit pinang, daerah kota setar

  5. 3 buah makam di kg malau, mukim malau, daerah kubang pasu

  6. 2 buah makam di kg limbong, mukim limbong, daerah kota setar - dikenali sbg 1) makam tok serban kuning @ makam tok derga @ makam anak dara tujuh beradik, dan 2) makam anak dara darah putih.

  7. 2 makam di kg alor besar I di mukim limbong, daerah kota setar - dikenali sbg makam puan sharifah

  8. 2 makam di muara sungai raja, bandar raya alor star

  9. 2 makam di kg naga, mukim naga, daerah kubang pasu - dikenali sebagai 1) makam tok bomoh gajah, dan 2) makam puteri @ makam tok tanjung hutan
  10. 2 makam di kg padang, mukim temin, daerah kubang pasu - dikenali sebagai makam wak long dan makam nik yam
  11. 1 makam di kg alor besar II, mukim limbong, daerah kota setar, - dikenali sbg makam tok panji
  12. sebuah makam di kg alor ganda, mukim limbong, daerah kota setar - dikenali sbg makam tok pahlawan
  13. sebuah makam di kg padang sejana, mukim naga, kubang pasu - dikenali sbg makam tok lidah hitam
  14. sebuah buah makam di kg alor ganu, mukim titi gajah, daerah kota setar - dikenali sebagai makam tok rama
  15. sebuah makam di kg alor raja, mukim langgar, kota setar
  16. sebuah makam di kg pumpong, mukim pumpong, daerah kota setar
  17. sebuah makam di kg alor rambai, mukim bukit tinggi, daerah kubang pasu - dikenali sbg keramat tok jambi
  18. sebuah makam di kg pulau timbul, mukim jeram, daerah kubang pasu


Thursday, November 1, 2007

Nisan Acheh Jenis F






Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang lurus tanpa bonggolan dan tidak melebar ke atas serta kepala yang bertingkat dua: tingkat bawah berbentuk bebawang dan tingkat atas berbentuk tiga persegi.

Bahagian dasar, yang berbentuk empat persegi panjang, dihiasi satu atau beberapa ukiran berbentuk empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah
seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar.

Badan bahagian atas biasanya dihiasi beberapa panil yang dipahat dengan pseudo-kaligrafi pada permukaannya, di tengah dua ukiran yang berbentuk satu “tangga”. Puncaknya bertingkat satu.

Nisan Acheh Jenis E


Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang melebar ke atas dan kepala berbentuk bebawang yang melebar ke atas. Bahagian dasar, yang berbentuk empat persegi panjang, dihiasi satu atau beberapa ukiran berbentuk empat persegi panjang yang dipahat.

Badan bahagian bawah, yang berbentuk trapezium, dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar. Seringkali, badan bahagian atas dihiasi tiga panil yang dipahat dengan pseudo-kaligrafi pada permukaannya, di tengah dua ukiran yang berbentuk satu “tangga”.

Kepalanya dihiasi satu ukiran berbentuk bebawang yang dipahat dan sering memuatkan pseudo-kaligrafi pada permukaannya. Yang membezakan El daripada E2 adalah bahawa El tidak berpuncak, manakala E2 berpuncak satu tingkat.

Nisan Acheh Jenis D




Ciri-ciri khas jenis ini adalah bahu pendek yang menonjol dan melengkung ke atas sebelah kiri dan kanan batu nisannya serta kepala yang bertingkat satu. Seringkali terdapat sebuah bonggolan kecil berlobus dua sebelah bawah bahunya.

Bahagian dasar, yang berbentuk empat persegi panjang, sering dihiasi ukiran berbentuk bebawang terbalik yang menonjol atau ukiran-ukiran empat persegi yang dipahat. Pada badan bahagian atas terdapat satu panil yang dipahat dengan segi atasnya berlengkung-lengkung.

Panil ini berisi dua macam corak: satu bonggolan berbentuk bebawang pada dasar bahagian tengahnya atau beberapa tingkat kaligrafi. Kepalanya, yang berbentuk bebawang, sering dihiasi pada sebelah tengahnya dengan satu ukiran berbentuk bebawang yang dipahat. Puncaknya berbentuk trapezium atau piramid terpotong.

Nisan Aceh Jenis C



Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang melebar ke atas dengan profil yang melengkung serta kepala berbentuk bebawang. Bahagian dasar, jika ada, berbentuk empat persegi panjang dan tidak berhias. Puncaknya berbentuk trapezium.

Nisan Acheh Jenis B


Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang lurus dan melebar ke atas serta kepala berbentuk bebawang dua tingkat dengan atasnya terpotong. Bahagian dasar berbentuk empat persegi panjang dan tidak berhias. Badan bahagian atas dihiasi satu panil yang dipahat dengan segi atasnya berlengkung. Puncaknya berbentuk trapezium.

Nisan Acheh Jenis A



Ciri-ciri khas jenis ini adalah badan bahagian atas yang lurus dan tidak melebar ke atas serta kepala yang berbentuk bebawang dengan atasnya terpotong. Selain itu, jenis ini tidak berpuncak. Bahagian dasar dan badan bahagian bawah berbentuk empat persegi panjang.

Badan bahagian bawah ini diukir hiasan berbentuk bebawang atau bersilang-silang. Badan bahagian atas sering dihiasi satu panil yang dipahat dengan segi atasnya tajam (atau berlengkung-lengkung) dan tepiannya digores, manakala pada dasar bahagian tengah panil ini terdapat satu ukiran berbentuk bebawang yang dasarnya sempit.
Kadangkala badan bahagian atas dihiasi beberapa panil atau tingkat kaligrafi. Pada bahagian tengah kepalanya terdapat satu hiasan yang dipahat berbentuk bebawang juga. Hiasan ini kadangkala diukir kaligrafi atau berbagai jenis corak. Yang membezakan jenis A2 daripada jenis Al adalah bahawa jenis A2 tidak berhias pada badan bahagian atas dan kepala.