Saturday, November 3, 2007

Nisan Acheh Jenis H



Ciri-ciri khas jenis ini adalah bahu yang menonjol dan melengkung ke atas sebelah kiri dan kanan batu nisannya (bahu ini seringkali berlobus-lobus) serta kepala yang bertingkat dua.

Bahagian dasar, yang berbentuk empat persegi panjang, dihiasi satu atau beberapa ukiran berbentuk empat persegi panjang yang dipahat. Badan bahagian bawah seringkali dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar.

Badan bahagian atas seringkali dihiasi dua ukiran yang dipahat berbentuk “tangga”. Permukaan “tangganya” biasannya dihiasi panil-panil yang dipahat, tingkat-tingkat pseudo-kaligrafi, bunga-bunga, ukiran bersilang-silang dan lain-lain.

Tingkat bawah kepalanya berbentuk bebawang dan sering dihiasi satu ukiran berbentuk bebawang yang dipahat sebelah tengahnya. Tingkat atas berbentuk tiga persegi dan sering dihiasi satu ukiran berbentuk “hujung panah” yang bersambung dengan hiasan bebawang tingkat bawah. Puncaknya bertingkat satu.

Yang membezakan H1 dan H2 adalah bahawa H2 dihiasi beberapa tingkat bonggolan bebawang dan tiga persegi sebelah profilnya pada bahu-bahu, kepala dan puncak. Selain itu, kebanyakan batu nisan jenis H2 dihiasi sebuah tonjolan vertikal di tengah muka besar batu nisan daripada badan bahagian bawah sehingga puncaknya.

No comments: