Friday, November 2, 2007

Mohon bantuan rakan2

saya mohon bantuan rakan2 di alam siber ni utk memberi informasi mengenai lokasi makam @ keramat sekitar negeri Kedah & maklumat lain yg berkaitan denganya. Berikut saya senarai makam2 berbatu nisan acheh tersebut

  1. 11 buah makam di kg bukit pinang, mukim bukit pinang, daerah kota setar

  2. (jumlah tidak diketahui) makam di kg alor keladi, mukim limbong, daerah kota setar

  3. 4 buah makam di kg anak bukit, batu 4, mukim anak bukit, daerah kota setar

  4. 4 buah makam di kg baru telok, mukim bukit pinang, daerah kota setar

  5. 3 buah makam di kg malau, mukim malau, daerah kubang pasu

  6. 2 buah makam di kg limbong, mukim limbong, daerah kota setar - dikenali sbg 1) makam tok serban kuning @ makam tok derga @ makam anak dara tujuh beradik, dan 2) makam anak dara darah putih.

  7. 2 makam di kg alor besar I di mukim limbong, daerah kota setar - dikenali sbg makam puan sharifah

  8. 2 makam di muara sungai raja, bandar raya alor star

  9. 2 makam di kg naga, mukim naga, daerah kubang pasu - dikenali sebagai 1) makam tok bomoh gajah, dan 2) makam puteri @ makam tok tanjung hutan
  10. 2 makam di kg padang, mukim temin, daerah kubang pasu - dikenali sebagai makam wak long dan makam nik yam
  11. 1 makam di kg alor besar II, mukim limbong, daerah kota setar, - dikenali sbg makam tok panji
  12. sebuah makam di kg alor ganda, mukim limbong, daerah kota setar - dikenali sbg makam tok pahlawan
  13. sebuah makam di kg padang sejana, mukim naga, kubang pasu - dikenali sbg makam tok lidah hitam
  14. sebuah buah makam di kg alor ganu, mukim titi gajah, daerah kota setar - dikenali sebagai makam tok rama
  15. sebuah makam di kg alor raja, mukim langgar, kota setar
  16. sebuah makam di kg pumpong, mukim pumpong, daerah kota setar
  17. sebuah makam di kg alor rambai, mukim bukit tinggi, daerah kubang pasu - dikenali sbg keramat tok jambi
  18. sebuah makam di kg pulau timbul, mukim jeram, daerah kubang pasu


1 comment:

imamdesa said...

salam.
saya pernah rasanya menghantar komen di makampurba fotopages mengenai makam tok lidah hitam di kg. padang sejana. makan tersebut hanya beberapa langkah dari rumah saya dan masih elok fizikalnya walaupun tidak dijaga dengan sempurna. tidak banyak maklumat yang diketahui daripada orang tempatan tentang makam ini. lokasinya agak strategik kerana tidak pernah lagi ditenggelami banjir walapun kawasan sekelilingnya mengalami banjir besar beberapa kali (3 kali sejak zaman jepun kemudian dalam tahun 70 an dan yang terakhir tahun 2005). batu nisannya seperti batu nisan acheh yang lain dan terdapat susunan batu bata yang membentuk sekujur tubuh manusia di atas makam tersebut.